THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 17 July 2011

♥ Kempen & Keunikan ♥

Maksud (Reduce) memproses, (Reuse) guna semula, (Recycle) Kitar semula..

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. 

Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit. 

Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. 
Di sinilah pentingnya kesedaran masyarakat untuk melakukan kitar semula sebelum bumi ini musnah.

Seperti kempen yg disarankan oleh kerajaan tentang "Hari Tanpa Beg Plastik" sejak 2hb Januari 2010.


Perkara seperti ini bagus bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa.
Kita digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam. 

Bahan campuran kimia boleh merosakkan keseimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global. 
Bumi ini merupakan satu-satunya rumah bagi manusia, flora dan fauna.

Pernah dengar tak hotel atau rumah yang diperbuat dari sampah atau barang-barang terbuang kalau di Malaysia belum pernah ada lagilah, tapi kat oversea memang dah ada. 
Mereka  menghargai tentang persekitaran alam semula jadi, kita patut mencontohi mereka dalam hal seperti ini untuk menyelamatkan dunia.

Jom kita tengok Hotel yang diperbuat dari sampah terletak di Madrid, Sepanyol..

 
Hotel Sampah Pantai (Beach Garbage Hotel) Madrid, Sepanyol 
Hotel pertama yang dibina dengan menggunakan sampah dan bahan terbuang yang di kitar semula, kini dibuka di Madrid, Sepanyol.

Hotel ini yang terletak di tengah bandar Madrid yg dihasilkan oleh seorang artis Jerman, Ha Schult bersempena dengan Pesta Industri Pelancongan Tahunan negara itu.

Menurut Schult, antara bahan terbuang yang digunakan untuk membina hotel tersebut adalah botol plastik, kayu, bingkai gambar, alat muzik, stoking koyak, tayar dan buku cerita kanak-kanak.

Sampah yang dikutip adalah daripda lautan kerana ia merupakan satu tempat pembuangan sampah terbesar di dunia" katanya.

Hotel ini dicipta untuk memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai kepentingan kebersihan dunia di masa hadapan.

Hampir 40 peratus hotel itu dibina menggunakan sampah yang ditinggalkan pengunjung yang dikutip daripada pantai di seluruh negara Amerika Latin.


Betapa kreatifnya mereka dalam menghasilkan sesuatu idea bagi memberi kesedaran kepada manusia tentang kebersihan Alam sekitar..

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang bersih, marilah kita bersama-sama bergotong royong dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri untuk menjaga kebersihan ditempat kita..
Kitar semula dapat menyelamatkan alam sekitar..

♥ BAGAIMANAKAH Jika Kita Hidup Dalam Dunia Yang Diibaratkan Seperti TONG Sampah Yang Besar? ♥

Tidak pernah kita merasakan bahawa hidup dalam TONG SAMPAH.
Hidup dikelilingi dengan sampah.
Sehingga badan sendiri berbau sampah.
Apakah yang akan terjadi jika sampah yang ada pada masa sekarang tidak diurus dengan bijak?
Apakah yang akan terjadi jika tapak perlupusan sampah terus ditimbun dengan sampah sehingga tiada ruang lagi untuk tanah bernafas?
Silap hari bulan, mungkin rumah kita akan dibina di atas timbunan sampah!
Siapa yang akan mengubah semua ini?
Itu adalah diri kita, tanggungjawab kita sebagai seorang manusia.
Kami telah menyediakan pelbagai aktiviti dalam menyelamatkan alam sekitar.
Bersama-samalah kita bergading bahu untuk menyempurnakan aktiviti ini.

Wednesday 13 July 2011

♥ Kitar Semula ♥


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kacakertaslogamplastiktekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).


Sunday 10 July 2011

♥ Konsep 3 R ♥

Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.


Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.


Reduce – Pengurangan

Hanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.


Reuse – Guna Semula

Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.


Recycle – Kitar Semula

Kitar semula di rumah: 
Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
Mengitar semula di laman anda:
Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
Mengitar semula di sesebuah komuniti:
Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.